Isnin, 28 September 2015




Assalamualaikum wbt.. 
       Alhamdulillah, dengan kelebihan yang ada, saya terfikir untuk mengubah penampilan cara saya melukis kepada lebih baik. Sebab minat sangat dengan Manga Anime ni, ada saja idea untuk melukis. Namun, sebagai seorang muslim saya perlu ingat bahawa Islam menggariskan syarak untuk melakukan sesuatu. Seperti manga2 jepun, lukisannya pasti tidak lari daripada pendedahan aurat. Maka saya terfikir, adakah dengan lukisan ini akan memberikan kebaikan buat diri saya. Hehe.. syukur alhamdulillah, atas dorongan keluarga, rakan-rakan daripada pelajar SMKA TDM, SMKA Limauan dan IPDAS, saya mengubah cara saya melukis dengan menutup aurat. 

    Terpulang kepada semua orang untuk menilai, saya hanya mengikut apa yang terbaik. Sekiranya ada kesalahan dalam penulisan saya, saya mohon ampun dan maaf. Ana masih belajar, mungkin anta lebih tahu.. kih3.. :D
 

Ini adalah salah satu gambar yang saya ubah penampilannya. 

Kirito dan Asuna Muslim
Kirigaya Kazuto (kirito) dan Yuuki Asuna (Asuna)
Sword Art Online

Taklah perfect sangat. tapi saya suka pula kena lukis begitu.. hehehe

Itu sajeee... 

Wallahu a'lam

Wassalam..